Wednesday, September 16, 2015

         Siapa DAP , kawan atau lawan ?

 1)      Sebelum orang Melayu Islam ingin menyertai atau menyokong atau mahu bersekutu dengan DAP adalah menjadi kewajiban mereka untuk mengkaji dan menilai dasar parti dan falsafah perjuangan parti tersebut. Ini adalah perkara yang sangat penting kerana ia menjadi asas kepada semua perkara yang hendak diperjuangkan. Dasar partilah yang menentukan halatuju perjuangan dan apa yang hendak dicapai.

2)      Apa yang terkandung dalam dasar parti DAP ialah sebuah parti yang mengamal dasar demokrasi mengikut ideologi sekular-sosialis. Secara umumnya perkara pokok yang mereka perjuangkan adalah seperti berikut:

        ¨   Konsep Malaysian Malaysia – memperjuangkan hak samarata
            untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan kaum.
            Menghapuskan istilah bumiputra dan bukan bumiputra.

        ¨   Memperjuangkan kebebasan yang tidak terikat dengan nilai-
             nilai budaya yang mengongkong hak asasi manusia.
           
        ¨   Memperjuangkan kebebasan beragama dengan tidak menjadi-
            kan mana-mana agama sebagai dominan di negara ini.

        ¨   Mengamal sistem hidup sekular dimana negara,budaya dan
            masyarakat bebas dari pengaruh agama.

3)      Apa yang dimaklumi DAP dimonopoli oleh kaum cina totok yang mahukan sebuah negara sekular yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada rakyat menentukan apa yang mereka mahu. Sebahagian besar dari pemimpin mereka adalah kristian Avelengelis yang sangat kuat menuntut liberalisma dalam segala aspek kehidupan. Hak asasi manusia dijadikan asas kepada semua tuntutan.

4)      Mereka tidak mahu mana-mana agama dan segala ajaranya  menjadi penghalang kepada kebebasan yang mereka impikan. Kebebasan dan hak asasi manusia yang dituntut sebahagianya melampaui batasan nilai moral dan agama. Kebebasan seksual dibawah pelbagai jenama yang mereka perjuangkan adalah manifestasi daripada agenda mereka hendak merosakkan budaya rakyat Malaysia.

5)      Oleh kerana idealisma perjuangan DAP berteraskan kebebasan dalam segala lapangan hidup maka hanya Islam dilihat sebagai satu-satunya agama yang menjadi penghalang besar kepada cita-cita mereka. Mereka tahu dalam Islam  terkandung pelbagai hukum dan peraturan yang mengatur kehidupan orang Islam. Islam tidak pernah menganjurkan idea kebebasan tanpa sempadan. Justeru itu meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dalam negara akan menghalang usaha mereka mempromosikan idea kebebasan dan liberalisma.

6)      Diawal penubuhan parti mereka hanya memperjuangkan hak samarata dalam pendidikan dan ekonomi dikalangan rakyat  Malaysia sahaja. Namun sejak akhir-akhir ini seruan-seruan kearah kebebasan bersuara, kebebasan bersosial dan kesamarataan agama menjadi agenda utama mereka. Semua agama hendak diletak sama taraf dengan agama Islam. Mereka bersekongkol dengan NGO yang sependapat dengan mereka. Semua ini sangat bahaya kepada umat Islam terutamanya generasi akan datang.

7)      Kebebasan bersuara seringkali disalahgunakan untuk mencari pengaruh politik. Mereka begitu berani mempersoalkan hal-hal yang bukan menjadi urusan mereka. Mereka sudah berani mempertikaikan undang-undang dan urusan umat Islam yang tidak ada kena mengena dengan mereka. Ini menunjukkan DAP tidak lagi tahu menghormati umat Islam di malaysia. Bagi mereka tidak ada istilah mencari perpaduan dengan Melayu dan Islam. Yang mereka mahu terus-menerus melancarkan konfrantasi terhadap bangsa Melayu dan Islam. DAP chauvanis akan terus mendesak dan mengasak sehingga bangsa Melayu mengalah terhadap segala tuntutan dan menyerah kuasa politik kepada mereka. Ini lah sikap ultra kiasu.

8)      Bagi mengelak dari dilihat terlalu chauvanis dan sikap melampau puak-puak DAP seringkali menggunakan pertubuhan-pertubuhan NGO yang sekapal dengan mereka untuk menyuarakan isi-isu yang sensitif sedangkan mereka menjadi pendokong kuat dibelakang NGO tersebut. Contohnya seperti dalam isu pemakaian kalimah Allah dalam bibel versi bahasa Melayu. Dalam isu ini mereka begitu bersungguh-sungguh menyokongnya. Inilah sikap hipokrit DAP yang selalu bermuka-muka.

9)      Oleh yang demikian umat Islam patut sedar yang DAP tidak pernah merestui Islam sebagai agama persekutuan dan mereka akan terus menentang apa sahaja program yang Islami yang cuba diterapkan oleh kerajaan. Idea-idea kebebasan tanpa had dalam bersosial seperti kebebasan seksual cuba dipaksakan keatas masyarakat termasuk umat Islam. Mereka menuntut kerajaan membenarkan undang-undang tersebut tanpa sekatan kononya itu adalah hak asasi manusia.

10)    Kadang kala puak DAP mempamirkan sikap lunak dan bersimpati dalam hal tertentu yang berkaitan dengan orang Melayu dan Islam. Tetapi kita yang kenal mereka jangan mudah tertipu. Kita patut sentiasa waspada terhadap cakap dan tindak tanduk puak yang suka bermuka-muka seperti sesumpah yang penuh dengan muslihat yang memperdayakan. Apa yang mereka zahirkan pasti tidak sama dengan apa yang terpendam dalam hati-hati mereka. Apa yang tersirat dalam hati tentu lebih teruk lagi. Inilah sifat kafir harbi. 

                                     

          

No comments:

Post a Comment