Saturday, September 5, 2015

             Mesej Untuk Orang Melayu di Sebalik Bersih 4.
 

  1. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersirat disebalik peristiwa itu. Lihat dan renungkanlah dengan akal yang waras supaya dapat diambil pengajaran. Demonstrasi bersih tidak akan berlaku secara spontan, sebaliknya ia adalah usaha terancang jangka panjang oleh puak chauvanis DAP.
  2. Bila satu pihak menampakkan sikap yang begitu aggressive dalam menuntut sesuatu untuk kepentingan mereka maknanya pihak yang satu lagi kelihatan agak lemah dalam mempertahankan hak-hak mereka. Orang Melayu lebih banyak bertahan dan bertolak ansur atas nama toleransi dan keamanan negara.
  3. Tetapi sikap orang Melayu yang semakin lunak tidak dihargai oleh puak chauvanis ini malah menjadi semakin garang. Mereka langsung tidak berterima kasih kepada orang Melayu yang selama ini begitu toleransi terhadap kaum-kaum lain. Sebabnya orang Melayu sudah berpecah retak seribu. orang Melayu sudah hilang kekuatan dan semakin melemah dalam politik demokrasi. Orang Melayu tidak lagi dihormati kerana kita menjadi juara dunia dalam pertelagahan sesama sendiri.
  4. Antara perkara utama yang membangkitkan rasa kekecewaan orang Melayu ialah apabila mereka merasakan harga diri dicabar oleh sikap puak chavanis mengamalkan sikap provokasi melampau supaya kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu memenuhi segala tuntutan mereka.
  5. Perhimpunan demi perhimpunan haram Bersih yang berlaku secara bersiri yang kebanyakanya disertai oleh anak-anak muda puak chauvanis seolah-olah menghantar isyarat supaya orang Melayu mengalah dari segi penguasaan politik dan menyerah kuasa kepada pembangkang yang dikuasai DAP.
  6. Puak chavanis DAP berselindung disebalik tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil demi menganjurkan demonstrasi bersih. Kalau betul SPR tak telus dan adil mana mungkin puak chavanis dan rakan pro mereka boleh menang banyak kerusi DUN dan Parlimen. Sedarlah wahai Melayu......kata-kata mereka adalah dusta, ucapan mereka adalah propaganda, agenda mereka adalah merampas kuasa dan Melayu bersama mereka adalah boneka.
  7. Orang Melayu merasa dikhianati dan sakit hati apabila DAP mengetuai pakatan pembangkang untuk merampas kuasa politik dari tangan Melayu pada PRU ke-13 yang lepas walaupun telah mendapat manfaat ekonomi yang besar hasil dari semangat setiakawan Melayu.
  8. Puak chauvanis DAP dan yang seangkatan dengan mereka mesti bersedia untuk menghadapi tindak balas dari bangsa Melayu kerana orang Melayu pantang tok nenek merka kalau dikhianati. Mereka akan mengamok dan dendam tak sudah.
  9. Kita menentang mereka bukan kerana mereka bangsa Cina. Sudah menjadi kehendak Allah yang menciptakan manusia dari pelbagai bangsa. Dalam al-Quraan pun ada disebut " .....sesungguhnya Aku mencipta manusia dari berbagai bangsa dan suku untuk kamu saling kenal-mengenal diantara satu sama lain...." semua orang Islam faham benar akan kenyataan ini. Kita menentang mereka kerana sikap mereka yang sangat provokatif terhadap isu-isu berkaitan Melayu dan Islam.
  10. Puak chauvanis kepala batu DAP boleh dianggap seperti kafir harbi kerana dalam banyak hal mereka menunjukkan sikap antagonistic dan selalu mencampuri urusan agama Islam tanpa segan silu. Walaupun mereka tidak menggunakan kekuatan senjata untuk menghentam Islam dan umatnya namun sikap yang ditunjukkan boleh ditafsirkan sebagai memusuhi Islam dan memperlekehkan penganutnya. Mereka hanya menunggu masa yang sesuai untuk memberi pukulan maut kepada Islam dan Melayu. Justeru itu tidak ada sebarang alasan untuk umat Melayu Islam berkerjasama dan bertoleransi terhadap mereka. Mereka wajib ditentang habis-habisan.
  11. Kita berterusan menentang mereka kerana mereka mahu merampas apa yang ada di tangan umat Melayu Islam. Mereka bermati-matian mahukan kuasa. Kalau orang Melayu sudah hilang kuasa jawabnya jahanamlah Melayu dan Islam.
  12. Kesimpulanya puak chauvanis DAP and the gang menjadi semakin berani dalam mempamirkan kebiadapan dan sikap kurang ajar mereka hanya kerana pada mata mereka umat Melayu Islam sudah hilang harga diri dan kekuatan dek kerana berpecah belah dan kutuk mengutuk sesama sendiri. Bak kata pepatah lesung sama lesung berlaga yang kenyang ayam. Siapa ayam tu kalau bukan puak DAP.

No comments:

Post a Comment